Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



SUSAH NAK BOHONG PERASAAN SENDIRI
Thursday, 25 August 2016 | 05:18 | 0 comments





Melepaskanmu untuk jadi milik dia adalah satu perkara yang sukar untuk aku terima. 15/08/2016, aku ditugaskan untuk menjaga booth di akademik bomba wakaf tapai. Pada awalnya memang berdebar sangat. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tu. Yelaa.. mana tak berdebar. Ex fiancée pun ada sekali, dia tengah kursus kt sini. Sampai je kat booth, mata aku dah melilau lilau cari dia. Mahu tak cari! Rindu sangat beb! Dah siap kemas booth, kasi cantik sikit! Aku terpandang booth ular! Aku pun mula mencari dia dari kaca mata yang jauh. Sebab aku tahu apa yang dia minat. Last last aku Nampak dia! Dengan pakai baju hitam, spek mata hitm…dengan tinggi, berjalan ala ala tentera… adoi! Mahu aku tak sangkut! Nak je time tu aku panggil dia. Tetiba whatsapp berbunyii! Alamak! Terpandang kejap je kat phone! Terus dia hilang dari situ. Puas mata aku mencari dia. Dah tak de! :’(
Tetiba plak phone aku berbunyi dengan nada “no-meghan trainor”.. tertera kat skrin phone aku  “ex fiancée” , alamak! Dia call? Dia Nampak aku ke? Heeheh! *berbunga beb hati aku time tu*, hehe! “nanti saya datang kat awak ye”… tetiba laju je mulut aku bersuara “tak payahlah! Maluuu~~”…
Dalam 10 minit lepas tu, aku whatsapp dia balik, aku cakap nak jumpa dia..  tapi sayang,,,,, dia dah tak de kat sini. Dia dah pergi sungai besi untuk pertandingan kat sana. Tak pe! Hari tu jugak sampai petang aku tunggu dia balik. Nasib baik sempat aku jumpa dia petang tu.
Aku terpandang abang bomba datang menuju ke booth aku, dengan senyumannya yang menawan,. Aku pun tersenyum riang. “hai budak gemok!” ! kuajaq awak panggil saya budak gemok! Dari dulu tak ubah sampai sekarang ! hehehe! Kalaulah awak husband saya, saya dah peluk awk time tu! Betapa rindunya saya kat awak time tu!
Sembang punya sembang, lastly awak mengaku yang awak nak kahwin dah! Agak terkejut dengan berita tu! But,.. aku cuba control happy depan kau time tu. Aku tak nak tunjuk sedih aku depan kau. Perit sangat time tu. Yelaa..sebab aku pernah sayang kau.. kau pernah jadi sebahagian dari hidup aku. Tapi apakan daya…kita memang tak ada jodohkan? Dari hari tu aku menanggis dan terus menanggis. Aku tak kuat beb nak hadap benda ni sorang sorang. Aku masih sayang kau! Dan kau pun masih sayangkan aku!
16/8/2016,.
Hari ni last aku kat sini, dua hari tak makan. Tak de selera beb! Tgk makanan pun tak rasa pape,. Beli roti. Makan sikit dah rasa sebak sebab terlalu berfikir. Aku tak kuat nak hadap benda ni. Macam mana aku nak hadap orang yang aku sayang bahagia dengan orang lain. Malam tu aku keluar dengan dia. Aku lepak lepak. Pusing pusing kuala berang, wakaf tapai. Habis semua benda kot kita meluah time tu! Nak nanggis! Tapi control ! tak nak tunjuk rasa sebak tu! Tak kuat! Lepas je balik dari jumpa dia. Malam tu sambung plak dengan whatsapp! “saya sayang kan awak! That the truth” ! aku tak tahu nak cakap macam mana. Sedih! Sebak! Happy! Semua ada. Yee….saya pun masih sayangkan awak…
Tapi aku terpaksa melupakan segalanya , majlis awak dah nak dekat. Aku tak nak sebab aku muncul balik semuanya jadi lain. Aku kena jaga hati banyak pihak. Aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Biarlah aku undur diri. Aku kena hadap benda ni. Aku percaya pada janji Allah. Aku redha YA Allah!! Aku redha!! :’(
Dahlah..tak nak cakap pape dah..aku tak kuat dh nak hadap benda ni…
Nanti aku nanggis lagi! Doakan aku kuat ye!



17/08/2016

Saya bawak awak balik rumah. Nak bagi surprise kat mak., yela..mak saya sayang sangat kat awak. Malam tu mak cakap apa? Mak cakap “kan elok kalau dari dulu macam ni” , tapi tak lama pun sembang dengan mak time tu. Sebab kita nak pergi jejalan plakkan? Habis Bandar Terengganu awak bawak saya pusing pusing. Macam macam kenangan yang kita cipta malam tu. Ingat tak? Awak nanggis dalam kereta, time tu awak tengah luahkan perasaan. Awak sayang saya sangat kan? Bila saya cakap tentang perkahwinan awak, awak mesti diam. Tak bersuara pun. Saya tak Nampak pun muka happy awak nak kahwin. 16/10/2016 awak akan jadi milik orang lain. Sedih wakkkk! Terlalu sedih!!! Kita berpisah bukan atas kerelaan hati kita. Start dari tu hidup saya sunyi sangat.. terasa sangat kehilangan tu. Terlalu terasa! Kehilangan orang yang kita sayang. Kalau saya boleh stop masa tu, saya takkan biarkan awak pergi! Tak akan wak! Awak mintak saya benci awak, tapi saya tak mampu. Saya tak nak benci awak. Saya tak nak lupakan awak. Awak milik saya! Selamanya! Saya tak nak orang lain! Pleaseeee wakkk! Faham perasaan saya!!