HIDUPLAH SEPERTI MENGEMBARA
Saturday, 13 August 2016 | 20:11 | 0 comments
Hidup itu macam roda, kejap diatas kejap dibawah, kejap
didepan, kejap dibelakang,. Tapi itulah reality sebuah kehidupan yang sebenar.
Mencari titik roda pasti tidak akan temui, kerana titik itu hanya ada pada
setiap pengakhiran sebuah kehidupan. Berpaut pada yang satu,. Percaya pada yang
satu! Setia pada yang satu. English say “believe in faith”. Percaya pada
takdir! Beralah bukan bermakna kalah, menang bukan makna Berjaya. Setiap
kejayaan itu tercapai adalah kerana satu kemenangan iaitu usaha untuk dapatkan
sesuatu. Sering aku teringat kata kata seorang penulis, Rumie “kenapa kau harus
kalut dengan yang ini? Atau yang itu? Dengan yang baik atau yang buruk”. Jadi
untuk apa kita fikirkan sesuatu yang belum terjadi untuk sesuatu yang belum
kita usahakan., cuba kamu lihat disekeliling mu, apa yang ada? Lihat dengan
mata hati, bukan hanya sekadar lihat tanpa menghayati setiap ciptaannya. Sama
seperti kita mengembara kesesuatu tempat
itu,. Disetiap tempat yang kita pergi, memang tak Nampak sama, tapi ada
keistimewaannya apa bila kita lihat dari kaca mata yang rendah diri, dengan
hati yang sedia menerima, perapkan semua! Adunkan semua! Bau, rasa, perasaan,
bunyi, supaya tidak ada satu pun yang tertinggal nanti. Kerana itu kita perlu
ajar diri kita untuk berani mengembara ke seluruh dunia., biar jasad ditempat
yang sama, biar hati berlegar legar dipelusuk dunia. Payah! Tapi perlu untuk
kita jelajah kepelusuk dunia agar kita dapat merasai keperitan dan kesempitan
kehidupan luar. Dari situ kita dapat kekuatan untuk terus melangkah.
Tak semua orang dapat rasai apa yang kita rasai ketika
mengembara, kerana apa? Ada orang hanya mengembara dengan kaki, dengan tangan,
dengan mata , dengan hati dan jiwa, and ada yang mengembara dengan semua itu. Tapi Bagaimana mengembara dengan kaki?, kaki?
Mereka melangkah kesesuatu tempat ke tempat yang lain kerana mereka mampu!
Mampu untuk mengembara jauh dari setiap tempat yang mereka inginkan,. Tangan?
Ia hanya menulis sesuatu tempat yang mungkin mereka tahu, dan nukilkan dalam
setiap catatan yang ada supaya sipembaca jugak merasai apa yang dia rasai.
Mata? Ia hanya melihat si pengembara yang lain memuat naik apa saja cerita
tentang pengembaraan di dunia. Dan hati jiwa? Mereka menggunakan hati untuk
mentafsir apa yang dirasai jiwa sebagai penenang dan memujuk agar tiada
kerisaun untuk pergi mengembara walaupun ketika itu dia tidak mampu. Akhir!
Dengan semua! Kaki, tangan, mata, hati dan jiwa. ? mereka melangkah sambil
menulis keistimewaan sesuatu tempat yang dilihat dengan kaca mata sendiri dan
dihurai dengan hati dan jiwa.
Kalau diikut naluri banyak tersimpan perasaan tak puas hati,
seperti sudah lumrah manusia, mengejar atas dasar kepentingan sendiri. Kadang
terlebih terdesak , kadang terlalu terpaksa, namun harus ikut peredaran masa,
harus terima peraturan dunia.






