Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



SEMUA DAH BERUBAH!
Tuesday, 12 July 2016 | 22:07 | 0 comments
27/05/2016
Teringat aku tarikh keramat ni, semua pergi perak untuk majlis nikah sepupu kami. dalam perjalanan kesana aku lasung tak happy,. ramai yang perasan aku banyak menyendiri tak banyak bercakap pun. kalau berhenti kat mana mana perhentiaan rehat aku mesti duk dalam kereta je. tak keluar pun sebab memang time tu aku tak de mood. tak de mood nak pergi perak. sebab hati ni dah banyak kali sakit sebab sesetengah sedara yang pergi time tu.. sebab seseorang habis periuk sebelanga!
sedih oiii!
ayah su, akak akak sepupu selalu ajak aku bercakap time tu, tapi sepatah diorang tanya sepatah aku jawab. sampailah kat tempat penginapan kami! sebuah rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan, sebuah lagi jauh sikit dari kawasan. cepat cepat aku ambik rumah tu sebab aku dah malas nak layan muka yang entah pape pandang aku macam tu! aku sendiri yang buat keputusan time tu siapa yang duduk rumah tu, semuanya aku ambik keluarga belah mak (tak semua).
kami semua dalam rumah tu tak kecoh pun., masing masing banyak makan hati. so ramai yang diam.. bila lepak dalam rumah pun kami akan meluah apa yang dirasai., aku? banyak pilih diam dari berbicara. sampai ada yang mengalir air mata time tu. Allahu! aku fikir aku sorang je yang banyak makan hati, rupanya ramai lagi! :'(

28/05/2016
hari last kami kat sane.. lasung tak de gambar ramai ramai likes before this! sedih sangat sangat! aku pun keluar pagi tu dengan sepupu aku (timah), dia  cakap dia stress! so aku bawak dia pusing pusing perak! last last tak de tempat nak pergi kami pergi kat kelly castel! tu pun search dalam google.. kami pun keluar berdua je, tu pun keluar senyap senyap! tak de orang tahu pun. lantak ar! time tu kami fikirkan diri kami je, disebabkan aku just selesa bercerita pada dia je, time tu lah aku banyak bercerita kat dia.. dia tu dah macam akak aku dah.. (nantilah aku cerita kisah aku dan dia)

bla bla bla bla...

majlis semua dah selesai, dalam perbincangan dengan semua sedara mara untuk percangan perjalanan pulang ke terengganu., aku tak tahu kenapa time tu aku tertinggi suara, sampai semua terpandang aku! series! aku tak boleh kawal emosi time tu. terus aku berlalu dari tempat berbincang tu and pulang semula ke rumah penginapan sorang sorang. masuk bilik terus nanggis2! dalam hati (kenapa semua dah berubah! aku rindu cara kita berkeluarga macam dulu dulu!)

dalam perjalanan pulang ke terengganu! tak payah cakap r! hanya dua buah kereta je pulang time tu, kereta aku and abang aku, sebab orang lain menginap di cameron higland. sekali lagi aku tak kuat time tu! bayangkan! malam malam buta, dengan mengantuk! dengan penat! drive sorang sorang! sesat sampai dalam hutan! dalam keadaan hujan lebat! memang aku rasa dah give up! tapi bila aku pandang mak kat sebelah tengah lena tido, kesian plak! aku pun drive sampailah kt kenyir! (aku penat :'( )



masa berlalu...........

hari makin hari, tidak seperti biasa... kalau dulu aku akan selalu pergi rumah ayah su, lepak kat sana. lepak dengan sepupu! no.. semua tu dah tak de.! sedih oi! *lap air mata.

hampir sebulan kami semua tak bertegur sapa! mak selalu pujuk aku untuk tegur ayah su! jujur cakap! aku nak tegur, tapi ego aku tinggi sangat. setiap kali terpandang ayah su mesti hati aku menjerit nak panggil ayah su. tapi aku tak buat semua tu sebab ego.! ego yang bodoh! aku lah yang ego dan bodoh tu! sebab orang lain buat perangai habis ayah su sekeluarga terkena jugak!

sampailah bulan puasa!
selalunya kalau keluarga ayah su or keluarga aku yang masak sedap2 mesti kami akan bertukar juadah. berbeza sangat sekarang... oneday tu! aku masak sedap sedap! aku mintak mak hantar kat umah ayah su.. aku cuba nak berbaik! alhamdulillah, diorang makan masakkan aku walaupun time tu kami masih tak bertegur.

sedih! raisya, anak sepupu yang manja dengan aku,. setiap kali aku nampak dia aku rasa nak kejar dia.. selalunya kalau dia nampak aku dari jauh mesti dia dah berlari tergedek gedek peluk kaki aku. ucu! nak selpi! ucu nak kiss!. "dik! ucu comey dok?" "mey.. (sambil kiss)"
sampai nanggis aku tengok dia dari jauh.. ucu rindu adik! terlalu rindu sayang!
kerana ego ucu tak layan adik and kakak kan.. kejamnya ucu ni dik!

sebulan berlalu..
hari raya, semua sedara mara datang singgah rumah lepas balik sembahyan raya. aku time tu duduk dalam bilik je kan? tak nak tegur sesiapa pun sebab tengah melawan perasaan,
tengok gambar arwah nenek. "nek...kalau nenek ada lagi mesti keluarga kita tak macam ni.,nek..adik rindu nenek...nenek! (berjujuran air mata aku time tu..) tak kuat dah... :'(

mak ajak semua adik beradik pergi jejalan rumah  sedara mara. sampai kat part rumah ayah su, aku berhenti depan pintu pagar, takut, segan, sedih, semua aku rasa time tu. tetiba mak bersuara "sampai bila....") aku pun kuatkan semangat,. terus masuk dalam rumah ayah su.. kebetulan time tu ramai pulak sedara mara yang datang( keluarga ayah teh alias). sampai turn aku nak bersalam dengan ayah su, time tu kata kata maaf keluar spontan dari bibir aku "ayah su, orang mintak ampun mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, orang tahu banyak buat silap..." (ayah su dah mula nanggis jugak, berpelukan kami, ayah su lap air mata aku.. ayah su "dah dah, lepas ni jangan buat lagi, kalau terasa hati jangan pendam lama lama takot jadi macam ni lah..dah, kita ambik yang jernih buang yang keruh,. ayah su rindu sangat kat mu, selalunya mu yang buat semua org ceria, mari rumah ayah su mesti ada cerita yang lucu lucu.. tapi lepas apa jadi, semua berubah.. time mu sakit hari tu, ayah su gi rumah, tapi ayah su tahu mu tak boleh bangun, mu tak kuat,,ayah su lagi tak kuat tengok keadaan mu time tu,. maafkan ayah su jugak ye"
Allahuuuuuu.... berdoosanya aku..... maafkan saya ayah su.. :"(... sampai turn sepupu aku plak. kami semua berpelukan "maafkan kami na, kami tahu kami pun banyak buat silap tanpa sedar... masa mu sakit tu kami semua risaukan mu na.. tpi kami tak boleh buat apa apa melainkan doa je..maafkan kami"
Alhamdulillah,, cukup tenang hati aku lepas semua yang terjadi diselesaikan cara baik.. syukur padaMu Ya Rabb.. :')

raisya, sampai sekarang dia tak boleh nak rapat dengan aku macam dulu dulu, dia dah tak manja dengan aku macam dulu dulu lagi,. setiap kali aku nak dekat dengan dia., mesti dia lari. kadang kadang tu sampai menyorok belakang ibu dia. sedih sangat! adik!! ucu rindu adik! :'(
maafkan ucu! maafkan ucu ! :'( ucu janji tak buat perangai lagi dik!