MASALAH KAU MASALAH AKU, MASALAH AKU MASALAH KAU,.
Saturday, 16 July 2016 | 08:22 | 0 comments
yakkkss! tetiba plak si mija ni mengimbau kenangan dulu kala. YAA,,RINDU , bohonglah kalau tak rindu lasung kat diorang ni, kita kenal since 2013 lagi kan? kat KPTM kuantan. walaupun just belajar satu sem je, tapi cukup memberi sesuatu yang cukup bermakna untuk dikenang sepanjang hayat. kawan ? yaa, mereka kawan IPT yang tak pernah berpisah sampai sekarang. terlalu banyak kenangan kita bersama kat KPTM. boleh dikatakan kita semua ni dah macam adik beradik, masalah kau maslah aku, masalah aku masalah kau. saling memerlukan antara satu sama lain.
ingat tak first time kita semua kenal, awal awal semua malu nak mampos kan? hahaha! "kau nama apa ea? asal mana weh?
"aku hawa, asal ganu. kau?"
"ganu? kepok lekor" hahaha!
hari berlalu.....
persahabatan kita semua makin rapat, sampai ke lect kita rapat. budak budak class lain semua cemburu dengan kita kan? prinsip kita, tak main couple budak satu kelas.. hahah!
bila ada je yang mengadu ada masalah, mesti kita akan buka meja untuk bincang how to settel masalah member kita ni., termasuk bab kewangan kan. korang.. ingat lagi tak, sorang member kita tak datang exam, final plak tu,. tetiba dia menghilangkan diri. puas kita cari dia. kita cari jalan macam mana nak cari dia. kita tanya kawan baik dia. rupanya dia tak dapat masuk exam sebab masalah kewangan, dia tak bayar lagi untuk exam. semua dah risau time tu kan. masa pun dah terlambat. memang kami dah tak boleh nak tolong dia time tu, sebab exam pun dah habis. kalau nak exam balik kena repet sem! perhhh! mahu banyak kos kena keluar. berpuluh kali kot kami try call dia, tak dapat. time tu aku sedih gila kot, ye r! aku sebagai penolong class sepatutnya kena ambik tahu bab ni.
and then, puan wahida (lect computing math) call aku untuk bertanya tentang dia. aku cuba jelaskan apa yang aku tahu,. madam agak terkejut time tu. kami semua rasa bersalah. dia tak pernah cerita pada kami tentang masalah kewangan yang terpaksa dia lalui dengan famly dia. sory bro!
PART 2!
"hawa, (in english) ni saya madam nik, saya mintak maaf tak dapat keluar dengan korang petang ni tuk tengok wayang.(lemah suara madam) im bleeding hawa! sory, saya sorang sorang sekarang ni, husband outstation di oversea. now i tengah tunggu famly dari kelantan datang, sory dear, sory again!"
time madam call tu aku agak terkejut! lemah lutut aku do! time tu plak tengah ada program bersama alumni information technology. aku dengan muka dalam kerisauan.semua classmate datang menghampiri aku.. "madam beb! keguguran again! aku... susah nak terang kat korang..kesian weh kat madam, dia sorang sorang! s"
semua terkejut time tu, sebab kami semua tahu masalah yg dialami oleh madam... Allahu, half dari kami dah mula nanggis. disebabkan madam tak nak digangu, kami tak diizinkan untuk pergi tengok madam. semua plan kami tuk keluar dengan madam hari tu kami cancel! madam tak de, kami takkan keluar. :')
PART 3!
nampak tak gambar budak laki kena tampal stiker kat belakang tu! haaa,, tulah namanya aiman. aiman poyo selalu perasan handsome! kononnya semua pompuan pandang dia.haha! time ni kelas madam wahida,series boring sangat time tu. si udin ajak aku kacau member member dalam kelas,. so, aku yang dah naik boring ni kacaulah si aiman, tu semua udin yang tulis ye! dia yang tanpal kat belakang kau man! aku tak,. aku tolong sikit sikit je..hehehe! yang tangkap gambar tu si mija. yang lain tolong gelak je man! hahaha! sampai lect gelakkan kau man.. haha!
"hawa.... buat apa tu?saya sayang awak. simpan phone tu," (madam wahida)
hahah! semua gelakkan aku time ni, sampai sekarang diorang ingat lagi ayat ni.. ye lah,, tme ni tengan hangat kononya bercinta dengan "abang". budak budak ni panggil dia abang sebab dia tua sikit dari kami. abang nilah sorang yang aku sempat bercinta, dah dia terhegeh hegeh nak aku, aku trylah! yela,..tengah nakal lagi time ni. abang ni budak KL, budak ampang! abang ni okaylah..baik, caring, apa lagi ea.haha! bole r.. aku ingat lagi. tiime tu aku baru balik dari kedai. aku nampak abang, basah habis baju dia. time tu aku tanya dia, kenapa basah ni? tak hujan pun kan. tahu apa dia jawab? dia pergi tolong member dia selesai masalah (bergaduh)! aku apa lagi! merajuk r! dia dah tahu aku tak suka laki bergaduh., dia pergi bgaduh buat apa? kat depan pagar tu lah dia duk merayu mintak maaf! aku? dengan muka toyer! buat bodo, blaa je dari situ.. no more change! aku pun putus dengan dia.. bercinta 2minggu...haahah! lucu plak bile ingat balik!
sengal je aku ni! hahaha! dah stop!
PART 4!
nak bercerita memang banyak beb!
aku ingat lagi tragedi yang terjadi pada aku kat kolej tu. aku ada kenal seorang lelaki. dia budak corse HR tak silap aku. aku pun dah lupa dah.. mamat ni memang syokkk gila kat aku. dia budak sabah yang pindah ke negeri sembilan. dia punya syokk kat aku sampai tahap apa ntah. berapa kali dia ajak aku couple! aku tolak mentah mentah je.! lastly aku ajak dia berkawan je. aku tak nak lebih lebih, sebab aku rimas do couple2 ni! oneday tu! aku dapat tahu dia nak berhenti kolej. serba salah jugak aku dengan mamat ni. aku pun contact dia. aku tanya dia kenapa? dia cakap tak ada apa. aku ajak dia jumpa untuk kali akhir. dia cakap boleh. sebelum aku jumpa dia, aku jumpa kawan baik dia dulu, aku tanya kenapa dia nak berhenti kolej? takkan sebab aku kan. kawan dia cakap satu sebabnya memang sebab aku,sebab kedua dia sakit, kanser! aku punya tahap nak nanggis tu dah sampai level paling tinggi dah. meraung aku beb! sehari aku tak pergi kelas beb! lasung tak masuk kelas. kerja aku time tu nanggis and nanggis je! budak budak classmate aku dah mula whatsapp aku time tu, tanya aku okay ke tak. aku time tu memang dah tak tahu nak jawab apa. diorang pun datang bilik aku. diorang nampak muka aku dah pucat, dengan mata bengkak sebab nanggis.
keesokannya, aku kuatkan semangat! aku kena jumpa dia depan depan! aku pun jumpa dia. tahu tak time tu aku rasa nak peluk je dia! aku nak cakap kat dia yang aku sayang dia, aku nak bagi dia kekuatan, tapi aku tak mampu buat semua tu. sebab benda tu aku tak percaya. macam mimpi beb!
aku banyak diam dari bercakap time jumpa dia, sebab aku tak nak nanggis depan dia. aku tak kuat time tu. dia pesan kat aku " jangan sedih sebab saya, awak jangan nanggis tau, awak bukan hawa yang lemah! saya tahu awak sayang saya jugakkan? tak pe, nanti ada jodoh kita jumpa ya... jaga diri, belajar rajin rajin.. awak tetap dalam hati saya walaupn saya tak de ruang lasung dalam hati awak.. maafkan saya, terimakasih sebab awak sudi jadi kawan saya, saya tak pernah dapat kawan macam awak yang selalu memahami saya"
series! time tu aku tengah tahan sebak! hanya sepatah yang keluar dari mulut saya "okay!" terus aku berlalu kebilik!
dalam biliklah tempat aku melepas segala rasa dihati, habis semua buku buku berselerak.
sampai tertido aku dibuatnya..
petang tu, mija bawak aku lepak kat tasik cinta. so, aku lepaklah kat situ dengan keadaan yang cukup lesu. tiba tiba ustazah rohana datang tegur aku "hawa okay? kenapa nampak sedih ni? "
terjatuh aku time tu, sebab tak boleh kawal emosi! no words beb! terlalu sedih...
hari berlalu tanpa dia...~~~~
hari makin hari, terus lost contact lepas dia dah tak de.
rinduuu.....
PART 5!
weh! korang ingat tak lagi before kita semua nak cuti sem? ingat tak apa yang kita buat? kita pergi lepak kat TC,teluk cempedak., kita buat BBQ. kita main bola, lari lari, nyanyi. ha! aku ingat lagi beb, boyboy duk nyanyi lagu kehilangan untuk aku, ye r! time tu aku cakap kat korang aku nak berhenti kolej dah. padahal time tu baru habis finalkan? result pun tak keluar lagi. aku marah korang nyanyi lagu tu,. sebab tak sanggup nak dengar. tapi tu lah. korang nyanyi jugak, korang tak nak aku berhenti kolej. korang pujuk aku,. tapi tak berjaya.
seronok sangat time tu sebab kita dapat lepak ramai ramai. enjoy sangat sangatkan. kenanggan tu tak dapat aku lupa beb! hahaha! time tu jugak aku tengah syok kat si jepp, tapi syok kejap je lah. ye rr! aku mana layak tuk dia., dia anak dato. aku ni anak orang kampung j. aku dengan jepp memang rapat sangat sangat.. boleh kata jepp tu macam okay r.. sampai sekarang aku masih simpan lagi record suara dia and budak budak IT nyanyi tuk aku kat SC.. ko ingat tak ko nyanyi lgu apa? ko nyanyi lagu baik baik sayang and kehilangan cover gitar.
"sejujurnya, ku tak bisa...hidup tanpa ada kamu aku gila... seandainya kamu bisa mengulang kembali lagi cinta kita, takkan ku sia siakan kamu lagi" (part ni paling sedih oi! tapi tu lah suara imran kat belakang tu sepoi mood betul r! hahaha)
PART LAST!
sebenarnya banyak lagi aku nak share, aku rasa tak cukup kot page blog ni nak menulis kisah kita semua.,
korang, ingat tak malam last tu. kita lepak kat mane? kat tomyam tu lahh
ingat tak, hari last ni korang ada dengan aku, korang bawak aku jejalan, korang join makan malam kat tom yam tu., padahal malam tu aku penat sangat. sebab aku uruskan untuk berhenti kolej. malam tu, korang ingat tak korang bagi aku duit RM1., duit tu sampai sekarang aku jaga., aku tak pakai pun. malam tu jepp datang lambat kan. sedih betul! tapi takpe..asalkan jepp datang. thank korang datang jumpa aku malam malam macam tu,. korang ingat tak? sorang sorang bagi semangat kat aku malam tu., kata kata semangat tu aku xboleh lupa sampai sekarang. sampai mengalir air mata aku. aku akan ingat sampai bila bila do!
tahu tak, pagi keesokannya aku dah nak naik bass pulang ke kampung, tahu tak apa yang aku harap time tu? aku harap sangat jepp datang,. sebab malam tu ko janji nak datang kat terminal. aku sorang2 je beb! ko tahu tak jep? aku nanggis time tu. sebab aku call kau tak dapat, aku meseg ko tak reply. lagi 5 minit bas aku nak gerak,. aku cuba cari kelibat kau,. kot kot kau datang. tapi kau tak datang pun kan. sedih aku! dalam bas tu jugak aku nanggis, sebab apa yang aku harapkan tak dapat. akak kat sebelah tu tengok je aku lap air mata,. dalam hati aku "lepas ni aku tak dapat dah nak jumpa kau, nak marah kau, nak merajuk dengn kau, nak nanggis depan kau, nak gelak dengan kau, nak dengar masalah dengan kau, semua tu aku tak dapat dahkan?" yee...memang aku tak dapat dah pun.
tiba tiba time tu aku dapat whatsapp dari kau. kau mintak maaf sebab tak sempat nak hantar aku ke terminal. aku sabar, aku tak reply pun whatsapp dia. aku tahu kau baru bangun tido kan? aku tahu kau jepp..aku kenal kau... akhirnya aku tinggalkan kuantan dengan kenanggan yang tak mampu aku lupakan...
......................................................................................................................................
okaylah! tu je lah dulu cerita kami! itu cerita 3 tahun lepas.. setiap perasaan yang ada dalam hati aku, dah aku campak jauh jauh selepas aku mulakan hidup baru. aku pilih untuk mendekatkan diri dengan Allah... jadi dari situ aku belajar untuk jadi kuat dalam sesuatu perkara..
and now aku bukan lagi hawa yang dulu! aku dah jadi hawa yang baru..
...................................................................................................................
thank for you all my bestttiieee forever and ever!
CT102 KPTM KUANTAN.
JEPP, SHAFA, AIMAN STELLO, MAT GANJA, AIMAN KATANG, APIH, ATUK, AUS, AZMA, FIKRI, DODOSH, EIFA, FAHMY, FAISAL, JOH, JAJA, HAQ, HARREZ, HAZZEM, LELA, MEMEY, MIEJAT, SYAHMIM, UDDIN, MIEJA AND ME(HAWA)












