KEMATIAAN MUNCUL DIDEPANKU
Wednesday, 20 July 2016 | 00:21 | 0 comments
Sukar untuk aku ceritakan kerana ia datang daripada hati yang susah untuk ditafsirkan. aku tak tahu kenapa "MATI" itu selalu muncul dalam diri aku tak kira masa,. kadang kadang itu aku dapat bayangkan bagaimana terseksa hidup disana. Allahu, benar.. mati itu pasti dan tak boleh di elakkan. aku takut YA Allah, aku takut dengan dosa dosa aku yang masih bertimbun ini. entah dimana tempat kekal ku nanti di syurga ataupun sebaliknya.aku tak tahu kenapa perasaan itu sentiasa muncul dalam diri aku,. tterkadang tu aku terfikir mungkin ajal aku makin hampir. demi Allah aku tak pernah fikirkan tentang sakit aku sampai ke tahap yang paling tinggi, sebab aku dah redha dengan takdir Tuhan berikan aku sakit ni semua.
tapi, andai aku mati kerana sakitku, aku hanya anggap itu hanya asbab kematiaanku.
kerana mati itu pasti.
tapi menjadi tanda tanya dihati ku, kenapa Allah utuskan rasa itu untukku? sampai aku sendiri rasa sebak. kalau bangun dari tido aku mesti rasa dan bayangkan kehidupan disana, bila nak tido pun macam tu juga. apa sebenarnya semua ni?
bila orang tanya aku macam mana rasa tu, aku just cakap aku tak reti nak explain, sebab susah untuk aku terangkan.
Allahu,, berikanlah aku petunjuk... petunjuk dalam setiap persoalan yang bermain diminda ku....







