KAHWIN KERANA NAFSU ATAU KERANA ALLAH
Sunday, 17 July 2016 | 18:43 | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t..
pagi pagi macam ni tetiba plak rasa nak update blog,
sejak kebelakangan ni ramai orang dah kahwin, majlis disambut dengan riang ria, berkompang kompan, berpelamin indah berseri.. waduhhh~~
dihiasi si pengentin pula yang secocok!
tetamu bertandang sebagai penyeri majlis, yang bujang bujang datang mula tergugat si iman hati.
hhaaaa.....
ehh! jap!
apa kata sebelum menulis blog kita dengar zikir dulu, semoga Allah permudahkan hati kita untuk menulis sesuatu yang baik baik saja..
alhamdulillah...
okay, kenapa ea kita rasa macam nak sangat kahwin bila kita tengok orang lain kahwin? nak nak yang sama umur dengan kita. ada yang bagi alasan sebab nak elak zina. ha! tu lah silap orang kita. asal nak kahwin je sebab nak elak zina.. wait! saya tak cakap salah ye. tapi kena ingatlah, kita kahwin ni untuk apa sebenarnya? kenapa tak kahwin kerana nak capai redha Allah>? pernah tak terfikir, walaupun orang tu kahwin sebab nak elak zina tapi bila dah sampai dua tahun hubungan suami isteri mereka retak begitu saja. sebab apa? sebab mereka kahwin bukan kerana Allah, tapi mereka kahwin sebab nak elak zina. ingat dik, kakak, abang, or sesiapa je lah,.
andainya kalian bercinta/bercouple dengan seseorang itu sebelum nikah, kalian takkan dapat apa apa melainkan kalian bertaubat,. jangan kalian fikir jika sudah berkahwin dosa maksiat yang kalian lakukan sebelum nikah itu terhapus begitu saja! no! tidak akan terhapus melainkan kalian bertaubat selepas dihalalkan. jika kalian tidak bertaubat, dosa itu akan terus mengalir seperti air~~
sebab itu islam melarang kita untuk bercouple sebelum nikah!
ramai yang anggap maksiat tu hanya bersentuhan, tak ,.. maksiat ni banyak.,. boleh jadi zina mata, zina hati, zina tangan..ishh banyaklah..tak tersenarai nanti kot...
bila kita tegur bab couple ramai yang tak boleh terima. kenapa? sebab duk kalut takut jodoh lari, sebab tak percaya pada ketentuaan Allah. sebab tak cuba nak dekatkan diri dengan Allah.. sebab tk cuba nak perbaiki diri. yaaaa! macam mana nak kahwin, nak bimbing anak orang kalau diri sendiri terbabas jugak,. urmm.. bab macam ni banyak terjadi pada student IPT. ini daripada research aku yang pernah jadi student or yang pernah terlibat dengan semua ni time nakal nakal dulu.
abaikan aku yang dulu, ni aku yang baru.
okaylah, untuk student IPT.. pernah tak korang terfikir, apa yang korang buat ni salah? pernah tak terfikir mak ayah , kakak, abang membanting tulang nak bantu kita habiskan belajar, . tapi kita? apa yang kita buat? dalam duk belajar kita duk fikir soal jodoh,. duk pandang student perempuan/lelaki, tak jaga hati. mulalah jatuh hati. and then tersimpan perasaan,. and then cuba dekatkan diri dengan perempuan/lelaki itu. and then bercinta. belajar tak sampai kemana, bercinta je lebih, " i tak boleh studylah tanpa you" what it is?? pernah tak kau terfikir yang kau tak boleh nak fokus bile study duk fikirkan mereka yang duk bantu kita untuk habiskan belajar? pernah tak? tak..sebab kita duk nampak rama rama yang cantik kat depan. kau tak kan fikir dah orang yang penat lelah bantu kau. niat yang awal dulu time nak masuk belajar dah terbolak balik, sebab kita tak boleh lawan nafsu tu., sampai bila nak jadi macam ni? tahu tak? boleh jadi ilmu tu tak berkat disebabkan perbuatan kita time study,. boleh jadi kamu lambat dapat rezeki sebab perbuatan kita,. kadang kadang kita rasa apa yang kita buat tu betul padahal ia salah disisi Allah.
perbaikilah diri,







