Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
Fake Smile


Credit



Template : Qistina Re
others : una & Athirah
Best view : Google Chrome



DUGAAN DAN UJIAAN
Sunday, 10 July 2016 | 08:03 | 0 comments
sejak dua menjak ni macam macam dugaan untuk aku dan famly lalui, pulak tu time nak raya. dengan kewangan, dengan abang sakit lagi. Alahai! nak nanggis weh! no! jangan nanggis! nanti susah nak stop! aku nekad nak lalui semua ni dengan tenang. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untukku untuk lalui semua ni.

01/07 /2016(jumaat)
malam tu aku dapat panggilan dari kakak ipar aku, kak ngah(kakak ipar) cakap abang ngah(abang kandung) sekarang dalam unit kecemasan, agak terkejut. perlahan lahan aku cuba tenangkan hati aku. time tu aku di kuantan. angah memang duk kuantan. kebetulan aku kesana untuk hantar anak buah aku. kebetulan jugak hari tu aku bertolak pulang lewat, disebabkan jem teruk. hajat dihati memang nak pergi hospital besar kuantan, tapi tak sempat sebab dah lewat malam, so, aku call kak ngah sebab tak dapat nak pergi hospital sebab terpaksa pulang ke terengganu secepat mungkin and aku sempat tinggal pesan if ada apa apa jadi kat angah bagitahu aku cepat cepat. kebetulan jugak hari tu sepupu aku oncall kt unit kecemasan tu malam tu,.
3hari angah dalam ward di hospital kuatan.

03/07/2016(ahad)
jam 12 tengah malam., tepat jam tu aku sampai rumah dari membeli barang untuk raya. time dalam kereta aku bukak phone. Ya Allah! 11misscall dari mak. berlari aku masuk dalam rumah. semua orang diam dan pandang aku. aku mula rasa tak sedap hati. "mak, apa jadi?" ..
terus mak cakap, ada sesuatu nak bincang, kami semua adik beradik yang ada malam tu berbincang untuk pergi kuantan ambik angah. tanpa fikir panjang, dengan keadaan angah yang dah lupa siapa diri dia, siapa isteri dan anak dia.. aku terus membuat keputusan untuk pergi ambik angah malam tu jugak., aku ketepikan penat yang aku rasaai time tu. bohonglah kalau aku tak penat! penat sangat sangat! balik kerja pastu pergi beli barang raya and then terus ke kuantan.. tapi aku bersyukuur sebab Allah bagi aku kekuatan.
sampai je dikuantan kami plak sesat! betul betul dugaan buat kami, aku time tu memang dah hampir putus asa, tapi aku cuba memujuk hati! aku buat semua ni demi abang aku yang tengah sakit! aku takkan biarkan dia macam tu.

sampai je dikuantan, kak ngah dah mula nanggis nanggis sebab angah dah hampir lupa siapa orang disekeliling dia. aku>? aku hanya diam seribu bahasa , aku tengah melawan perasaan, tak nak tunjuk rasa sedih dihati! malam tu jugak kami semua tahu, sebenarnya angah... sebenarnya angah dah disahkan hati dia rosak.. patotlah angah makin kurus sekarang.. time tu kami tak tahu nak cakap apa. tahu...masing masing tengah lawan perasaan kan? tak nak tunjuk rasa sedih tu..
lupa nak cakap, kami sampai sana dalam pukul 2:30 pagi, malam tu aku lasung tak boleh nak tido, pusing kiri, pusing kanan , tengok atas, urmmm... "Allah sedang uji kami, kami mampu lalui!"
berjujuran airmata aku mengalir memikirkan nasib angah!. time tu rasa nak menjerit sepuas puasnya.. jujur! aku lasung tak tido! pukul 5 pagi, kami dah mula bertolak ke terengganu semula dan membawa angah pulang sekali bersama kami.

okaylah! aku tak kuat nak type panjang2 lagi, aku undur diri dulu ye! bye bye!

to be continue...................................

(viral tentang angah pula nanti..............)