AKU KENALI KAU DENGAN NOKTAH!
Wednesday, 13 July 2016 | 22:01 | 0 comments
sepatutnya bulan julai 2016 tu tarikh untuk kita bersama. tapi itulah kuasa Tuhan kita tak mampu nak melawan. kejap je kita ikat, tak lama pun. hanya berapa bulan je. terlalu banyak dugaan yang terpaksa kita lalui sampai kita terpaksa ambik keputusan untuk berpisah. mungkin ada juga silap dari aku.ramai yang nak tahu kan macam mana kita boleh kenal? dah lama dah. tahun 2014. time tu aku tak berubah lagi, tapi time tu aku dah slow slow nak berubah. kita kenal kat depan dewan majlis daerah, time tu awak kursus bomba diwakaf tapai. awak datang kat majlis belia. ingat lagi! time aku duk lepak dengan member kat booth JPAM. budak budak JPAM usik usik aku! "tu weh! ramai abam abam bomba, pilih r..." aku ingat lagi time tu aku cakap apa.. aku cakap aku tak nak bomba, baju dia tak cantik, coreng coreng bagai. tapi tulah. awak datang kat booth JPAM., time tu awak main dengan anak ular. saya buat tak tahu je, buat muka 20sen! sebab memang aku tak pandang lasuung bomba.
lama jugak awak kat situ, memang saya lasung tak pandan awak, tapi itulah. tetiba awak tegur saya, awak mintak saya tangkap gambar awak dengan ular, tapi awak cakap awak tak bawak phone sebab bomba tengah kursus tak boleh pegang phone. so, saya percayalah. saya pun tangkaplah gambar awak pakai phone saya. and then awak bagi nombor awak. awak mintak saya sent gambar tu kat whatsapp awak. awak tahu tak apa nama yang saya save kat phone. saya save "bombas saiko" hahahhaha! so, lepas dari hari tu awak mula contact saya. saya jarang balas whatsapp awak, sebab saya memang tak suka layan lelaki dengan apa yang jadi dalam hidup saya sebelum ni. lama jugak awak menyepikan diri.,
oneday tu, tetiba saya rasa macam nak cari awak. okaylah..saya angap awak macam kawan. tapi kita pun jarang contact jugak. ada jugak awak cerita kisah hidup awak yang dulu,. urmm.. seram jugak saya dengar. sampai berpuluh kali saya fikir tentang awak yang dulu. tapi itu lah, itulah life awak yang dulu.
nak boleh diceritaka, tahun 2015. tetiba awak cakap parents awak nak kenal saya (time ni aku dah berubah). uish! agak terkejut doo! tak de ribut tak de angin! tetiba je orang nak masuk meminang.. macam macam aku fikir. boleh ke aku terima dia ? mampu ke dia bimbing aku ? boleh ke aku jadi khalifah untuk dia?.. sejak dari tu aku istikharah, aku doa, aku merayu pada Tuhan agar diberi petunjuk. mak pun support aku. mak cakap mak tak kesah siapa dia yang penting dia dari golongan orang yang baik.kawan kawan pun sama,,. banyak support aku! semua cakap terima je lelaki tu , sebab dia berani nak halalkan kau. kau fikir semua lelaki nak buat macam tu? lama jugak aku fikir semua ni...
last last atas restu semua orang terutama mak ayah, aku terima dia.
kami ikat pada bulan julai 2015., time tu raya keenam ,. aku dah pesan kat sesiapa yang datang majlis tunang aku jangan ada sesiapa pun yang post gambar aku kat laman sosial, tapi ada jugak yang buat..ummm...perkara dah berlalu... ku akui , dia memang budak yang baik. baik sangat sangat. tapi lepas sebulan kami bertunang macam macam dugaan kami lalui. aku nampak satu persatu. dia terlalu cemburu,. macam macam dia ungkit tentang aku yang dulu. hampir setiap hari hidup aku berteman air mata, aku tak kuat.. aku terfikir. kalau aku kahwin dengan dia, adakah aku harus putus persahabatan aku? adakah aku akan diikat ditiang(perumpamaan)? Ya Allah, time tu aku sangat sangat buntu. aku luah kat mak, mak selalu salahkan aku. aku luah kat kawan kawan , kawan2 bagi kata semangat. aku tak de jalan lain melainkan hanya pendam dan terus memendam. oneday tu, kami bergaduh besar,!hampir sebulan kami tidak bertegur,. Ada satu hari tu, sepupu aku yang rapat dengan aku ajak aku pergi berubat kat daru syifa, kebetulan aku kenal ustazah yang berubat kat daru syifa tu., kat situ aku luah segala galanya, ustazah tu peluk aku, ustazah cakap aku kuat, tapi aku tak kuat sebenarnya., tengah berubat tu aku tak rasa apa apa. aku cuma rasa benci pada tunang aku. ustazah tanya kisah silam aku, aku cerita, aku pernah bercinta dulu, tapi aku yang tinggalkan dia sebab dia ada perempuaan lain, tapi tu kisah lama, kisah tahun 2012., tapi kisah tu banya menghantui aku,. demi Allah, aku dah tak de perasaan kat ex aku yang dulu. and then ustazah cakap," awak kena banyak bersabar, awak bertunang dengan dia , syaitan akan hasut awak macam macam, hati awak dengan dia akan terus dihasut. syaitan tak nak manusia ada ikatan yang halal, jadi, awak kena banyak buat pendinding untuk diri awak". lepas dari tu, aku selalu amalkan apa yang ustazah cakap,. aku selalu amalkan surah ruqyah. aku buat semua tu sebab aku nak pertahankan pertunangan kita. tapi sayang, usaha aku selama ini tak menjadi,. tak guna kalau aku sorang saja yang usahakan.
hari berlalu.....disember 2015 aku rimas dengan pertanyaan orang sekeliling bila lagi nak kahwin. last last, aku yang whatsapp dia dulu, aku tanya macam mana dengan pertunangan ni? dia cakap dia tak nak teruskan. YA Allah, time tu aku nanggis semahu mahunya, ini ke dugaan untuk aku lagi? ini ke kesudahan atas apa yang jadi ? tiada lasung kata memujuk. dia tinggalkan aku tanpa rasa apa apa,.
entahlah., , lepas apa yang jadi dia lasung tak contact aku. kami putus pun mak ayah aku tak tahu. bukan setakat mak ayah, adik beradik pun tahu. sebab aku tahu kalau aku bagitahu mesti aku disalahkan, seee..memang aku disalahkan... tiap kali diorang ungkit apa apa, aku diam je. aku tak nak bergaduh sebab benda ni semua. urmm... dahlah, malaslah nak taip lagi, takut ada plak air mata mengalir. byee..
macam novelkan? tapi tak..nilah kehidupan sebenar aku. :)
...........................................................................................
pedih ku telan lumat lumat,
kebahagian ku tonjol penuh helah,
rasa dipendam ku kuburkan hingga akhir nafas,
maaf ku beri dengan senafas kata,
terima kasih atas keberanian dalam ketakutan.
pergilah mencari sinarmu yang baru,.
aku redha dengan takdir ini!
perlahan lahan aku akan lupakan dan lepaskan dia......... maafkan aku man.... :')







